Ini Mindset Yang Tak Patut Ada dalam Rumahtangga, Suami-Suami Kena Buang Ini Kalau Nak Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah kahwin tentunya nak rumahtangga yang bahagia. Nak hubungan antara suami isteri itu bahagia dan manis sentiasa, begitu juga dengan hubungan ipar duai dan juga mertua. Anagan-anagan setiap orang yang dah kahwin ingin membantu dan menyokong pasangan mereka hingga berjaya dan selesa dalam hidup.

Ada orang yang dia bantu menggunakan kerjayanya, ada pula yang membantu dengan kerah tenaga di rumah iaitu dengan menjadi suri rumah. Itulah isteri-isteri yang sentiasa menyokong suami.

Tapi bila isteri di rumah, jangan pula suami anggap isteri makan tidur saja. Ini pesanan dari Firdaus Shakirin yang orang lelaki kena ambil tahu kalau nak rumahtangga bahagia.



Mindset yang tak patut ada.

Isteri tidak menyumbang dari segi kewangan, dia membebankan.

Menantu perempuan tidak ada pendapatan, dia menyusahkan anak lelaki si mertua.

Tahu tak tempat yang sebaik-baiknya untuk orang perempuan yang dah jadi isteri ni di mana? Dirumah... bila kita kata dirumah, nanti ada la yang akan cakap, pastu siapa nk jadi nurse, siapa nk jadi doktor untuk orang perempuan bersalin, siapa nak jadi cikgu, siapa nak jadi kerani kalau dah tempat orang perempuan tu di rumah?

Yang nak jadi nurse, jadilah...yang nak jadi doktor, jadilah...yang nak jadi cikgu, kerani, jadilah...



Tak semestinya bila tak duduk di rumah itu, kedudukan mereka tak baik. Mereka bekerja, berniaga, ada pendapatan atas alasan yang masing-masing sahaja yang tahu.

Namun, bila ada yang duduk rumah, bila ada yang tidak bekerja atau berniaga dan tidak ada pendapatan, mereka bukan bebanan suami, dan mertua tidak boleh salahkan menantu atas alasan dia tidak membantu.

Sebab dah menjadi lumrah dan fitrah, secara hakikatnya, isteri memang tanggungan seorang suami. Suami yang perlu sara isteri, membelanjakan pendapatannya, hartanya untuk isteri kerana ini ialah arahan dan perintah dari Allah s.w.t.
Hatta aturan menafkahi pun, turutan isteri adalah selepas diri suami.



Apa yang suami makan, kena bagi isteri makan. Apa yang suami pakai, kena bagi isteri pakai. Di mana suami tinggal, di situ jugalah isteri tinggal.

TAK ade istilah isteri itu "membebankan", "menyusahkan" atau "menumpang" hidup seorang suami kerana bila kita memilih untuk jadi suami, maka kita sebenarnya juga memilih untuk menjaga dan bertanggungjawab ke atas hidup orang lain yang bergelar isteri.

Jika kita sebagai suami masih beranggapan bahawa isteri itu membebankan, maka kita tidak sepatutnya berkahwin.

Jika kita sebagai mertua menganggap menantu perempuan menyusahkan anak kita, maka kita tidak sepatutnya bagi kebenaran anak lelaki kita berkahwin dengan mana-mana perempuan.

Simpan saja dalam almari atau letak dalam frame, gantung kat dinding.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen