"Tak Hensem Tak Apa, Janji Kaya..." Betul Ke Orang Perempuan Ini Suka Sangat Dekat Duit?

Oleh: Zuzu Yasmine

“Tak hensem tak apa, janji kaya...” rasanya rata-rata rakyat Malaysia sudah muak dengan ayat ini. Nak-nak lagi ayat ini sangat terkenal dicorong-corong radio.

Orang lelaki tentunya sangat panas telinga bila mendengar ayat ini. Mana tidaknya, ayat ini lebih merujuk kepada orang lelaki berbanding orang perempuan. Namun, betul ke orang perempuan ini lebih memandang wang ringgit berbanding hati budi seorang lelaki?



Rasanya baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan suka wang ringgit. Siapa yang tidak suka akan wang ringgit? Jadi, jangan mudah nak cop orang perempuan saja mata duitan, orang lelaki pun sama sahaja.



Dimanjakan oleh ibu bapa

Tidak semua perempuan akan memandang duit sebenarnya. Akan tetapi, mereka lebih bimbang kehidupan yang susah selepas kahwin. Mana tidaknya, sebelum kahwin, dia telah dimanjakan dengan kesenangan oleh ibu bapa mereka. Apa yang mereka mahukan segalanya akan dituruti oleh ibu bapa mereka.

Maka dengan itu, mereka lebih mementingkan keselesaan hidup di masa depan bersama pasangan mereka. Sebab itulah sebelum kahwin mereka lebih memfokuskan apa yang mereka mahukan.

Ingin hidup yang selesa

Apa yang mereka mahukan adalah hidup yang selesa buat dia dan juga anak-anaknya kelak. Mereka juga mahukan apa yang dirasai dalam keluarganya ketika ini turut dirasai oleh anak-anaknya kelak. Itu yang membuatkan mereka ini lebih memfokuskan kewangan.

Mereka tidak mahu anak-anak hidup susah malah dia juga ingin menikmati hidup yang selesa walaupun pada masa yang sama dia juga perlu berkerja keras. Itu semua tidak penting, asalkan pasangan mereka seorang yang bertanggungjawab dan rajin berkerja.



Nak lelaki yang perkerjaan stabil

Bukan inginkan lelaki yang kaya atau sememangnya dari keluarga kaya. Tentunya itu hanya boleh disimpan dalam angan-angan saja. Akan tetapi, orang perempuan ini lebih menginginkan lelaki yang stabil dalam perkerjaannya, rajin bekerja dan mempunyai kerja tetap.

Ciri-ciri ini barulah menyatakan bahawa lelaki itu seorang yang bertanggungjawab pada masa hadapan. Bahkan jika bersamanya, tentu anak-anak akan merasai apa yang dia rasa dalam keluarganya.

Tugas seorang lelaki untuk memberi nafkah buat isteri dan anak-anak, jadi mempunyai perkerjaan yang tetap dan rajin bekerja sebenarnya agak penting buat lelaki. Tak akan, selepas kahwin isteri pula yang perlu bertungkus lumus menyara keluarga.

Orang perempuan ini lebih inginkan lelaki yang bertanggungjawab dan juga mempunyai perkerjaan yang stabil saja. Ada kerja yang bagus tentunya memiliki duit untuk cukup.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen