Sebelum Ambil Wuduk, Pastikan Tanggalkan Cincin Kalau Ia Ketat. Takut Tak Sah Pula Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bab-bab ibadah ini tidak boleh buat main. Kita kena tahu perkara itu dengan jelas dan fahaminya dengan betul. Jangan tersalah faham pula, kerana ia akan memberi kesan kepada amalan kita. Nak-nak lagi jika bab menunaikan solat dan mengambil wuduk ini. Kalau wuduk anda tak betul, solat juga tidak sah.

Apabila berwuduk, kita perlu meratakan air ke bahagian wuduk yang diwajibkan. Jika bahagian muka ada memakai alat solek, maka perlulah menghilangkannya terlebih dahulu dengan make up remover atau pencuci agar wuduk dapat diratakan.



Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa, jika air tidak diratakan dengan sempurna maka wuduk tersebut adalah tidak sah. Apa yang terjadi jika wuduk itu tidak sah? Kalau berwuduk untuk menunaikan solat, maka solatnya juga adalah tidak sah.

Lihat, dari satu perkara yang tampak kecil tetapi boleh mengundang kepada perkara yang lebih besar kerana ia adalah saling berkait.



Disebabkan itu, sebelum berwuduk kita perlu memastikan agar tiada benda yang terhalang yang boleh menjadikan wuduk itu tidak sah.

Maksud: “Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, Abu Hurairah dan ‘Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah tumit yang tidak terbasuh air wuduk dengan api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 165)

Bagaimana pula jika seseorang itu memakai cincin atau jam? Perlukah mencabutnya atau boleh berwuduk terus dengan alat tersebut.

Biasanya, orang akan mencabut jam sebelum berwuduk, jadi ia tidaklah menjadi masalah. Dari hal cincin pula, ia perlu dilihat kepada beberapa keadaan;

1 – Cincin Yang Diyakini Masuk Air

Jika cincin tersebut longgar dan diyakini air boleh lalu pada jari-jemari tersebut, maka tidak perlu mencabutnya.

2 – Cincin Yang Tidak Dilalui Air

Jika cincin tersebut ketat sehingga diyakini airnya tidak akan lalu pada bahagian wuduk itu, maka sebaiknya digerak-gerakkan cincin tersebut untuk memastikan agar air mengenai kulit.

Kesimpulan

Sah wuduk jika dipakai cincin, namun jika ia ketat dan diyakini air sukar untuk terkena pada bahagian jari itu, maka lebih baik digerak-gerakkan atau ditanggalkan ketika berwuduk.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen