Jodoh Itu Kadang Dengan Orang Yang Kita Tak Sangka, Dari Tak Suka Boleh Jatuh Sayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap kali pertemuan pasti ada sebab mengapa kita bertemu dengan si dia. Jodoh yang datang itu kadang membawa kebahagiaan kepada kita sama ada sementara ataupun selamanya. Pertemuan yang tidak pernah dirancang ataupun diinginkan, tentu ada rahsia di sebaliknya.

Selalunya, kita anggap jodoh itu bila berkahwin dengan seseorang, tetapi jodoh itu hanyalah pertemuan yang kita tidak tahu berapa lama, kita dengannya.



Bercakap pasal jodoh ini, selalunya kita akan berjumpa dengan seseorang yang kita selesa untuk berkawan dan juga berkongsi pendapat. Tapi ada juga yang kita jumpa tidak selesa dengan malah tidak senang akan kehadirannya.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”



Orang kata jangan terlalu sangat benci, nanti boleh jatuh sayang.


Perasaan ini boleh hadir bila-bila masa saja, tanpa rela dan juga dirancang. Perasaan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal ikut apa yang kita inginkan. Macam mana kita sekat atau halang perasaan itu boleh jadi ia akan jatuh semakin dalam lagi.

Banyak kisah yang selalu didengari rakan yang dahulunya pernah di friendzone, tapi kini menjadi pasangan yang paling dia sayangi. Sama juga dengan kisah dahulu kerap bergaduh dan saling bermasam muka, tapi kini dialah yang paling takut kehilangan dirinya.

Pertemuan yang tidak dijangka, dan yang dibenci inilah boleh melahirkan satu perasaan yang tidak disangka-sangka.

"Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang dahsyat." (HR Tirmidzi)



Sebab itulah setiap mereka yang datang dalam hidup kita jangan terlalu benci atau jangan terlalu sayang. Dengan satu “hai” ia mampu menggegarkan perasaan seseorang. Sama juga dengan jangan jual mahal sangat takut nanti kita pula yang jatuh hati dengan usaha si dia.

Pertemuan yang tidak dijangka

Mana-mana pasangan suami isteri yang kekal bahagia sehingga kini tentunya bermula dengan satu pertemuan yang tidak dijangkakan. Mereka tidak tahu, bila dan dimana akan berjumpa dengan pasangan mereka. Bukan itu saja, mereka juga tidak tahu kalau perasaan biasa boleh timbul menjadi sayang.

Sama juga dulu mungkin ada yang menjadi rakan gaduh tapi kini dia adalah orang yang dia sayang dan takut kehilangan. Perasaan ini boleh berubah kerana bukan kita yang pegang hati kita. Semuanya, dipegang oleh Allah S.W.T.

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

(Surah Al-Imran ayat 54)




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen