Pembahagian harta dipermudahkan, Hidayah & ibu mertua dapat bahagian masing-masing.

Oleh: Zuzu Yasmine

Syukur, akhirnya kemelut yang selama ini berlaku dalam keluarga Allahyarham Abam berkaitan pembahagian harta pusaka nampaknya semakin beransur reda.

Hari ini, Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.


Urusan faraid selesai

Berdasarkan laporan Harian Metro, Hidayah, 28, berpuas hati dengan keputusan mahkamah berkenaan penetapan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

"Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.

"Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan arwah seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan," katanya.

Jelas beberapa isu

Dikesempatan itu, Hidayah juga menerangkan beberapa isu mengenai kereta ditarik dan dakwaan pengambilan wang ringgit sebanyak RM10,000.

"Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga.

"Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun," tambahnya.

Tuntuan hadahan

Menurut Hidayah, mahkamah akan menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntuhan hadanah, berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah.

“Saya harap selepas ini pihak sana akan hadir untuk kes hadanah.”

Sebelum ini, Allahyarham Abam telah kembali ke rahmatullah pada 10 Februari 2020 selepas mengalami demam selama dua hari.

Abam dan Hidayah telah melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tiga bulan.

Semoga isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin dengan kadar segera.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen