Kerja pertama selepas bangkit dari koma, kisah lelaki ini cetus inspirasi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat rasa sudah penat berjuang, cuba fikir kembali tentu ada orang yang tidak pernah putus ada berjuang dalam hidup. Memang kadang letih berdepan dengan dugaan yang mendatang dan tidak menduga ini, tapi dugaan orang lain kadang lebih payah dari apa yang sedang dilalui ketika ini.



Dalam hidup ini sekali sekala kena juga lihat kiri dan kanan, barulah lebih kenal erti hidup.

Seperti kisah yang dikongsi oleh Wong Fook Meng di ruangan facebooknya tentu akan memberi inspirasi kepada sesiapa saja yang membacanya. Nak-nak lagi buat mereka yang hilang arah tujuan ketika ini.

Pertemuan menyentuh hati

Menerusi perkongsian Wong Fook Meng, pertemuan yang tidak sengaja bersama seorang perkerja di sebuah stesen minyak telah menyentuh hatinya.

Jelasnya semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat, beliau berhenti sebentar untuk mengisi petrol di salah sebuah pam minyak dan dibantu oleh seorang petugas yang menyenangkan dan juga ramah.

Baru sedar dari koma

Menurutnya, petugas itu baru saja seminggu bertugas di situ dan itu adalah perkerjaan pertamanya selepas dia mengalami kecederaan pada bahagian otak apabila terlibat dalam satu kemalangan sewaktu berusia 18 tahun. Petugas tersebut juga masih dalam tempoh penyembuhan.

Katanya lagi, pertugas itu juga mahir berbahasa Inggeris serta memberitahu ibunya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris.

Seorang yang positif!

Wong Fook Meng juga menyatakan bahawa petugas pam itu sangat berperwatakan positif dan ceria kerana sudah dipesan oleh doktor yang merawat untuk berfikiran seperti itu kerana membantu proses pemulihannya.

Beliau merasakan kagum dengan petugas pam tersebut dan telah menjadikan ia sebuah inspirasi.

Jangan cepat berfikiran negatif dalam sesuatu perkara, kerana itu akan memberi kesan dalam hidup.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen