Bawa anak sambut ulang tahun perkahwinan di pusara isteri, buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Rindu terhadap orang yang telah pergi selamanya ini memang susah nak diungkapkan. Itulah yang dirasai oleh seorang bapa bernama Izrul Mat Taib yang telah kehilangan isteri tercintanya ketika dalam tempoh berpantang pada awal tahun ini.

Dikatakan, arwah isterinya, Norehan Zainal meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung.



Berdasarkan perkongsian di ruangan Facebook, 8 September 2020 lalu merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.



Tanpa isteri tercinta

Dan selepas 8 bulan pemergian isteri tercinta, Izrul telah membawa anaknya, Ayesha ke pusara arwah isteri untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurut Izrul, tahun lalu dia dan isteri hanya menyambut ala kadar saja malah ingin menyambut lebih meriah kerana kehadiran orang ketiga pada tahun ini namun, hajat arwah isterinya tidak kesampaian.

Baru ada kesempatan

Jelasnya, dia baru mempunyai kesempatan membawa anak mereka ke pusara ibunya, malah dia juga mengambil cuti untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Dikesempatan itu juga, dia menitipkan doa agar roh isterinya ditempatkan orang beriman serta suatu hari nanti mereka akan disatukan di syurga.

Mengundang rasa sebak

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai warganet yang turut merasa sebak. Dalam pada masa yang sama, rata-rata juga menitipkan Al-Fatihah dan berdoa agar Izrul tetap tabah dalam membesarkan anak.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen