"Kalau buang, awak dah tak cantik!" -Doktor kongsi kisah pesakit merana, gara-gara suami pentingkan diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan yang selalu diangankan adalah perkahwinan yang penuh dengan kebahagiaan. Sedangkan dalam alam rumahtangga, pelbagai cabaran dan dugaan boleh datang tiba-tiba. Tapi tidak ramai yang bersedia dengan perkara itu.



Ada yang diuji dengan isteri yang sakit, malah ada juga yang diuji dengan sikap pasangan itu sendiri.

 

Hidup dengan kanser payudara tahap 4 selepas suami tak izinkan buang, akhirnya ditinggalkan


Ada satu kisah yang dikongsikan oleh Khairi Malik berkenaan dengan seorang wanita yang disahkan menghidap kanser payudara tahap empat di usia 40an.



Suami tak benarkan buang

Awalnya, wanita tersebut dinasihatkan oleh doktor untuk membuang ketumbuhan yang ada sebelum menjadi lebih parah.



Menurut Khairy, apa yang menyedihkan adalah suami wanita terbabit tidak membenarkan untuk buat pemedahan buang ketulan tersebut kerana bimbang si isteri tidak cantik lagi selepas itu.

“Suami dia cakap, kalau tak ada payudara, tak ada beza kalau kahwin dengan lelaki.”


Diugut cerai


Bukan itu saja, menurut Khairy suami wanita tersebut juga mengugut akan menceraikannya jika dia melakukan pembedahan tersebut.

Wanita tersebut juga dikatakan terus hidup dengan kanser tersebut sehingga ke tahap lebih bahaya.





Akhirnya ditinggalkan

Tidak hanya berhenti di situ, menurut Khairy suami wanita tersebut menceraikan isterinya selepas tidak sanggup menjaga isterinya itu.



Pesanan buat isteri

Dalam perkongsian itu, Khairy Malik juga meningatkan para wanita akan utamakan nyawa sendiri dahulu sebelum yang lain. Tambahnya, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Sayang pun berpada-pada, utamakan diri sendiri dahulu barulah fikir yang lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen