Kanak-kanak pengemis sanggup makan cili api demi duit, perakam kejam ketawa

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dalam keadaan tersepit, sesiapa saja sanggup melakukan apa pun untuk keluar dari kesempitan itu. Tapi ada juga yang tanpa belas mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak bernasib baik ini.


Seperti rakaman yang tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang mengemis di kaki lima sebelum didatangi oleh seorang lelaki.

 

Tersenyum sambil menahan pedas

Dalam rakaman tersebut, lelaki tersebut menawarkan sejumlah wang jika kanak-kanak itu memakan sebiji cili. Tanpa teragak-agak, kanak-kanak perempuan itu segera mengambil dan memakan cili tersebut.


Walaupun sambil tersenyum, tapi boleh dilihat mata kanak-kanak tersebut agak berkaca kerana menahan pedas akibat memakan cili.

Sambil mengalirkan air mata di pipi, kanak-kanak tersebut tersenyum girang kerana mendapat wang seperti dijanjikan.

 

Tanpa simpati dijadikan bahan ketawa

Lebih menyedihkan bila mana, lelaki terbabit dan rakan-rakannya bergelak ketawa selepas melihat air mata kanak-kanak tersebut mengalir.


Sayu dan sebak melihat rakaman itu, tidak sangka ada lagi orang yang tidak berperikemanusiaan seperti ini. Mungkin hari ini seronok melihat orang lain susah, siapa tahu nasib kita pula pada masa akan datang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen