Nak lakukan 'test' kehamilan? Eh, kena tahu perkara ini dulu

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan baru kahwin selalu sedikit teruja nak tahu dirinya hamil atau tidak. Kadang tu, seakan tertanya-tanya, “eh, aku mengandung ke?”.

Lagi-lagi kalau ini adalah anak sulung, rasa teruja dan excited tu memang lain macam sedikit.



Bila dah zaman moden ni, tak payah nak pergi klinik nak tahu mengandung atau tidak, boleh lakukan sendiri di rumah. Tapi, paling penting ada urine pregnancy test (UPT), boleh beli dekat mana-mana farmasi.


Sebelum nak pergi klinik lakukan pemeriksaan yang betul-betul sahih, boleh la anda lakukan di rumah.

Menurut laporan Hello Doktor, UPT ini berfungsi dengan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.


Macam mana nak guna?

Mudah saja, pastikan ikut langkah ini dengan betul.

Langkah 1: Kumpulkan air kencing

Langkah 2: Celupkan alat penguji ke dalam air kencing tersebut

Boleh juga guna alat penitik sebagai pilihan.

Bagi membaca keputusan, anda sama ada akan melihat perubahan melibatkan warna atau simbol pada alatan tersebut.

Bagi ujian kehamilan yang menggunakan teknologi terbaharu, penggunaannya lebih mudah kerana ia akan terus menyatakan jawapan pada alatan tersebut sama ada anda “pregnant” (hamil) atau “not pregnant” (tidak hamil).

Persediaan melakukan ujian kehamilan

1. Jangan minum air terlalu banyak sebelum membuat ujian kehamilan.

2. Lakukan pada waktu pagi hari.

3. Jangan rushing untuk mengambil ujian kehamilan.

Kajian mengatakan bahawa wanita harus menunggu lebih kurang 5 ke 10 hari selepas period dan secara rasminya lambat daripada tarikh yang sepatutnya. Ini bagi memastikan hasil ujian itu benar-benar tepat kerana tahap kandungan HCG selalunya boleh dikesan di dalam air kencing lebih kurang 10 hari selepas mengandung.

Jika anda lakukan sebelum tempoh itu, kebarangkalian untuk keputusan ujian menjadi negatif adalah tinggi walaupun anda mungkin sebenarnya hamil.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen