Sahabat jatuh sakit, Usahawan terus balik Kelantan papah & angkat sahabat ke hospital

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kawan bergelak ketawa itu ramai, tapi kawan yang ada saat susah dan senang itu teramat lah sedikit, kadang tak ada langsung. Bila ada kawan yang macam ini, cukup kalau kita doakan yang baik-baik buat dirinya.



Perkongsian dari Hafiz Mahamad ini memang menyentuh hati sesiapa saja yang menonton rakaman yang dikongsi. Menurutnya, dia telah batalkan segala kerja dan mesyuarat untuk pergi ke Kelantan melawat rakanya yang tidak sihat.

“Harini saya cancel semua kerja dan meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila melihat rakannya itu rupanya diserang stroke kerana berkerja terlalu kuat setiap hari demi mendapatkan gaji yang sedikit lumayan.

“Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan.

“Bila kesihatan dia terjejas, saya taktau dia stroke. Dia kata dia demam dan kaki sakit. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je,” tambahnya.

Sebelum ini, Hafiz ada meminta rakannya itu untuk pergi ke Kuala Lumpur tapi kehadiran rakannya itu agak mengejutkan dan setelah dijaga beberapa hari dia meminta rakannya itu untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital.

“Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit.

“Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung.”

Dengan perasaan bimbang, dia menelefon rakannya baru-baru ini dan mendapati rakannya tu sudah tidak berdaya. Tanpa melengah lagi, dia terbang semula ke Kelantan untuk membawa rakannya itu ke hospital.

“Saya call semalam, dia kata dah taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan. Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital,” tulisnya.

Kongsi Hafiz lagi, dia dan rakannya yang dipanggil Loh itu selalu bermain bersama ketika masih kecil, malah dia juga berjanji untuk memastikan rakannya itu sihat kembali agar boleh sama-sama berjuang seperti dulu.

“Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap.

“Siapa antara kita yg senang, kita tolong antara kita yg susah dan Alhamdulilah Allah bagi saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni.

“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku dan kita berjuang sama sama, terus sihat loh!,” katanya.

Bukan senang nak ada rakan seperti ini, semoga apa yang dilakukan Hafiz ini mampu beri inspirasi buat mereka-mereka yang lain.Malah, rakaman video ini juga turut mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata turut mendoakan Hafiz serta terharu melihat persahabatan yang terjalin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen