Kena 'reject' bekas kekasih hanya sebab kulit gelap, pemuda ini tekad lakukan perubahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Cantik dan kacak itu sebenarnya agak subjektif. Tapi, orang sekarang bila cantik dan kacak saja mesti perlu berkulit cerah dan putih. Kalau tidak tentu saja akan dipandang sebelah mata, sedangkan yang berkulit agak gelap pun ada manis mereka yang tersendiri.


Rupanya, warna kulit ini bukan saja boleh buat orang tak yakin tapi boleh juga mengecewakan seseorang. Itulah yang dialami oleh seorang jejaka yang bernama Kerol ini.

Bandingkan warna kulit

Dia berkongsi di akaun TikTok miliknya bahawa dia pernah kecewa kerana direject hanya kerana memiliki warna kulit yang agak gelap. Lagi menyedihkan apabila bekas kekasihnya itu juga membandingkan dirinya dengan rakan-rakan kekasihnya.

Aku yang dulu bukan yang sekarang...

Dalam video tersebut, dia juga ada menunjukkan keadaan dirinya yang lama. Berkulit agak gelap, dan kurang kacak jika nak dibandingkan dengan sekarang ini.

Kerana terkesan dengan kata-kata bekas kekasihnya, dia nekad melakukan perubahan sehingga dapat kulit yang sekarang ini. Dia yang menggunakan skincare dan mengamalkan vitamin C untuk mendapatkan kulit seperti sekarang ini.

Ada yang cuba nak masuk 'line'

Walaupun baru saja dimuat naik, video ini telah mendapat tontonan lebih 35 ribu, malah ada juga dikalangan netizen yang ingin mencuba nasib mereka dengan ingin berkenalan dengannya.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen