Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan rakyat Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu. Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tetapi banyak sektor sudah mula beroperasi seperti biasa. Namun kerana peningkatan secara mendadak tentunya timbul rasa bimbang.
Kerana kebimbangan itu, ramai yang mula mengambil langkah untuk melakukan swab test atau ujian saringan demi memastikan diri betul-betul bebas akan wabak tersebut.
Tidak ketinggalan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkongsi melakukan ujian saringan tersebut di Instagram miliknya.
Bukan hanya baginda, tetapi anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut melakukan ujian swap test tersebut.
Apa yang menariknya kapsyen dari Tengku Azizah mendapat perhatian warganet yang berseloroh reaksi mereka berdua semasa proses ujian saringan dilakukan.
Selain memuji kecomelan mereka berdua ini, rata-rata warganet juga mendoakan kesihatan baginda.
Tinggalkan Komen