"Merajuk sampai lari ke Bali..." Lelaki ini kongsi dugaan bertunang sebab hal remeh je

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta itu memang seronok, rasa bahagia rasa rindu tapi nak kekalkan hubungan yang terbina itu hingga jinjang pelamin bukan satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi ujian waktu bertunang, memang bukan calang-calang mengujinya.


Makin dekat dengan hari bahagia, makin macam-macam dugaan yang akan timbul. Kalau tak sabar dan harungi ujian itu bersama-sama menang tak akan tercapai angan untuk hidup bersama.


Gaduh sebab perkara remeh

Perkara itu juga diakui oleh seorang lelaki bernama Ammar Azizzan, dimana dia menyatakan kerap berlaku salah faham bertunang bersama isterinya, Adira Salahudi ketika ingin mendirikan rumah tangga tahun lalu. Pergaduhan bukan kerana apa tetapi lebih kepada hal yang remeh.

Malah dia masih jelas mengingati adgen isterinya membaling cincin di dalam kereta malah lari ke bali gara-gara berlakunya salah faham.





Lepas kahwin pun masih akan bergaduh

Dalam perkongsian lain pula, dia juga menyatakan fasa pergaduhan seakan kembali selepas mereka dikurniakan seorang bayi yang comel bernama Arsel. Katanya, ketika itu dia dan isteri masing-masing masih belum biasa lagi akan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa memandangkan itu adalah anak pertama mereka.





Dalam hubungan ini, baik saat bercinta, bertunang mahupun sudah berkahwin kena sama-sama berjuang barulah angan mendirikan rumahtangga yang bahagia tercapai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen