"Suami try sejak 2019, tiba-tiba tersuka perangai dia..."- Kisah wanita ini beri inspirasi buat mereka yang kena 'reject'

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh, rezeki dan maut, adalah rahsia Allah yang sering kali menjadi teka teki oleh hambaNya. Kadang sebagai hampa, hanya mampu merancang tetapi belum tentu semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Tidak semua perkara dalam hidup akan berlaku seperti yang diinginkan, tapi siapa sangka disebalik luka akan mucul kebahagiaan yang tidak diduga.



Itulah yang dilalui oleh wanita ini yang mahu dikenali sebagai Safira Sallhdin, apa yang berlaku dalam hidupnya tahun lalu tidak sangka dibalas dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Melalui satu perkongsiannya di laman Twitter, hatinya dikecewakan hingga mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Malah diusia 24 tahun ini, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik malah mempunyai perniagaan sendiri ketika ini.



"Dah try banyak kali..."

Menurut pendedahnya kepada Kisah Dunia, dia terpaksa pulang ke kampung halaman dan telah melakukan pelbagai kerja ketika itu. Tanpa disangka, dia mula berkenalan rapat dengan suaminya iaitu Muhammad Nur Afiq bin Md Saad di laman Instagram.

“Hubungan dengan bekas kekasihnya memang tak okay, malah telah berkali usaha pun tetap tak jadi juga. Saya terus ambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke Kuantan mencari kerja baru.”

“Suami telah try saya sejak 2019 lagi, malah follow each other tapi masa itu tak beri harapan kerana masih ada bekas kekasih. Kebetulan hujuang bulan 5 ada join IG Live dia dan tersuka perangai Afiq. Bermulalah dari situ saya mulakan conversation dengan dia dan akhirnya menjadi serius,” jelasnya.

 




Dipermudahkan semuanya

Setelah berjumpa dengan keluarga Afiq, tiba-tiba suaminya ajak untuk berkahwin, tanpa ragu-ragu dia pun terus bersetuju.


“Afiq seorang yang lemah lembut dan keluarganya layan saya seperti anak sendiri.”

“Alhamdulillah kedua-dua belah setuju, tarikh 20 Jun kami bertunang dan nikah 11 September lepas. Bulan tu juga dapat rezeki lebih dan berkat pertolongan seorang rakan juga, kami berjaya buka busniess kedai gunting rambut yang merupakan impian suami sebelum ini,” katanya.



Percaya pada pasangan!

Dia yang tidak menyangka perkongsian itu akan tular berharap akan memberi inspirasi kepada golongan muda malah berpesan pada pasangan lain agar jangan putus asa dan saling menyokong satu sama lain.

“Sebenarnya, kami terkejut tweet itu jadi viral, tapi Alhamdulillah itu pun rezeki juga. Pesanan buat couple atau pengantin muda, jangan give up kalau diuji dengan kesusahan. Itulah yang kami rasa awal perkahwinan dan buka business, banyak sangat cabaran. Tapi percayalah rezeki tak pernah salah alamat, dan yang penting sekali sentiasa sabar dengan partner masing-masing," tambahnya.

Posting tersebut telah tular hingga meraih 9,800 retweet dan 25,000 likes.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen