Warga emas rugi RM3.83juta gara-gara percayakan 'Macau Scam'

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini kecoh satu negara apabila beberapa individu yang bergelar datuk dan datin ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam Macau Scam. Bukan hanya golongan ini tetapi beberapa artis juga dipanggil untuk memberi keterangan.




Buat yang kurang mengetahui, Macau Scam ini adalah merupakan sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu dan ada ketikanya boleh mengakibatkan kerugian sehingga berjuta ringgit. Sasaran utama mereka dalah warga emas dan juga pesara.

Menerusi capaian Twitter Sabrina Shuhaim, terdapat 10 kes yang dikongsikan olehnya yang rata-rata mangsa menanggung kerugian sebanyak ratusan ribu ringgit.


Ini adalah beberapa kes terkini yang diperdaya oleh Macau Scam.

Kebanyakan mangsa terkena dengan taktik yang sama iaitu membuat panggilan telefon dan menyatakan terdapat kes jenayah atau saman yang tertunggak yang menimbulkan rasa bimbang dan takut.

'Panggilan sarjan'

Mangsa pertama adalah persara kerajaan, 70, yang telah alami kerugian sebanyak RM49,490.



'Minta TAC'

Masih menggunakan taktik yang sama, mangsa kedua pula pembantu jualan berusia 27 tahun yang telah mengakibatkan semua wang simpanannya lesap.



"Percutian ke luar negara"


Lain pula bagi mangsa ketiga yang dikatakan menerima hadiah dari luar negara namun untuk menebus terpaksa melakukan pemidahan wang. Mangsa kerugian sebanyak RM108,500.





Pindah ke tiga akuan berlainan


Dikaitkan dengan penggunaan wang haram, dan dadah, seorang suri rumah di Rembau tidak teragak-agak untuk memindahkan wang sebanyak RM183,770 ke tiga akuan berbeza.



Miliki barang terlarang


Hanya dengan menyatakan miliki kiriman barang terlarang, mangsa seorang kerani, 46, talah kerugian sebanyak RM355,00.



Rugi jutaan ringgit


Mangsa berusia 90 tahun ini adalah yang paling banyak alami kerugian iaitu sebanyak RM3,83juta yang telah melakukan pindahan wang pada tujuh akuan berbeza.



Beri maklumat bank...

Kerana terlalu takut, mangsa telah serahkan maklumat akaun bank dan juga nombor pin bagai scammer dan telah alami kerugian sebanyak RM50,000.





Takut kenakan tindakan


Berusia 30 tahun, mangsa dihubungi kerana disyaki terlibat dengan aktiviti wang haram dan perlu lakukan bayaran balik untuk elak tindakan menyebabkan kerugian sebanyak RM195,580.



Pinjam wang sana sini


Alami kerugian sebanyak RM1.84juta, mangsa pesara yang terlalu takut telah mengeluarkan semua wang simpanan, menjual emas serta membuat pinjaman dari anak dan saudara mara. Namun, anak mangsa yang mensyaki ibunya terlibat dalam penipuan telah lakukan laporan polis.




Dihubungi pegawai BNM

Akhir sekali, juga seorang persara telah alami kerugian sebanyak RM682,000 yang telah dihubungi oleh seseorang yang mendakwa dirinya pegawai dari Bank Negara Malaysia.





Macau Scam ini masih lagi bergiat aktif kerana dilakukan oleh orang yang berbeza.

Anak-anak sentiasa dingatkan untuk memberitahu ibu bapa akan perkara ini agar dapat mengelakan perkara ini berlaku kepada mereka.

 



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen