Kerjasama baik dari UPSI, Ebit Lew bantu hantar pelajar pulang

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini berlaku salah faham antara Ustaz Ebit Lew dan juga pihak pentadbiran Universiti Pendirikan Sulatan Idris (UPSI) tentang pemohonan penghantaran pelajar pulang ke kempung halaman.



Berikutan perkara itu, pendakwah terbabit terpaksa menangguhkan sementara penghantaran 20 buah bas secara percuma untuk para pelajar yang masih terkandas di kawasan-kawasan tertentu.

Malah Ustaz Ebit Lew juga melakukan pemohonan maaf secara terbuka selepas kenyataan yang dibuat oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI.



Hantar pelajar pulang

Dalam posting terbaru di Facebook Ustaz Ebit Lew telah mendapat kerjasama daripada pihak pentadbiran UPSI untuk menyediakan dua buah bas bagi membawa pulang pelajar ke Pantai Timur.



Kerjasama yang baik

Katanya, beliau turut menyediakan lima buah bas percuma mengikut keperluan para pelajar dan turut poket juga disediakan.


“Seronok tadi. Baik-baik semuanya. Terima kaseh Dato VC dan pihak pentadbiran upsi semuanya termasuk MPP dan warga UPSI yang amat saya hormati dan sayangi.”

“Dato VC minta kerjasama jika ada peluang untuk saya membimbing pelajar upsi kerja khidmat masyarakat,” katanya.




Dilihat dalam ruangan komen, rata-rata bersyukur kerana kemelut ini berakhir dengan baik malah, berharap agar semua perkara dipermudahkan kelak.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen