Demi hijrah sebagai muslimah, Zara Zya jual baju-baju lama

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejuk mata memandang apabila pelakon cantik manis Zara Zya, 35, mengambil keputusan untuk tampil berhijab sebagai satu imej baru buat dirinya.




Dia yang sudah memendam hasrat untuk bertudung, mengakui sangat bersyukur apabila niat murninya itu menjadi kenyataan. Pun begitu, dia enggan berbicara lanjut mengenai perubahan itu.

"Saya masih lagi dalam proses belajar. Tiada apa yang nak dikongsikan mengenai perkara ini. Apatah lagi, saya tidak gemar untuk menghebohkannya bagi menarik perhatian.

"Apa yang saya harapkan kini ialah terus istiqamah. Semoga, Allah sentiasa memelihara hati saya untuk kekal berhijab selamanya. Terima kasih juga, doakan yang baik-baik," katanya.

Walaupun terpaksa menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung itu, namun dia tidak berasa ralat. Zara juga tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat itu mungkin menjejaskan tawaran lakonan dan percaya rezeki daripada Allah itu datang dalam pelbagai cabang.

"Hati saya sudah nekad mahu berubah. Jadi, saya lakukannya kerana Allah sudah beri peluang itu. Saya sangat bersyukur dan jauh di sudut hati ini memang sudah sedia sepenuhnya.

"Insya-Allah, saya kini benar-benar inginkan masa depan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Malah, saya tak rasa sayang langsung untuk menjual pakaian lama dimiliki," jelasnya.

Malah, dia juga mengambil sudut pandang positif dengan melihat rakan-rakan artis lain yang sudah berhijab namun masih lagi aktif dalam bidang seni.



Menjengah ke ruangan Instagram miliknya, rata-rata peminatnya serta rakan artis juga memberi kata semangat dan doa untuk beliau terus istiqomah akan perubahan itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen