"Insan paling bertuah!" -Dijemput tunai umrah saat pandemik lelaki ini kongsi pengalaman

Oleh: Zuzu Yasmine

Alhamdulillah, Tanah Suci Makkah kembali dibuka semula selepas beberapa bulan ditutup akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda.

Perkara ini tentunya sangat ditunggu-tunggu malah, ramai yang cuba mengambil peluang untuk menjadi tetamu Allah.


Dalam satu perkongsian Najhan Hassim di laman Twitter, beliau bersyukur apabila berpeluang menjadi orang terawal menunaikan umrah untuk hari pertama selepas dibuka.

“Alhamdulillah... selesai umrah norma baharu! Merasa menjadi yang terawal buat umrah untuk hari pertama dibuka harini,” tulisnya.

“Jangan keliru...”

Namun begitu, beliau juga turut menjelaskan bahawa umrah hanya dibuka buat mereka yang berada di Saudi sahaja, malah segala tempahan dilakukan secara online.

Jelasnya lagi, buat mereka yang berada di luar Saudi peluang tersebut akan dibuka pada bulan November namun, bergantung kepada keadaan wabak Covid-19 negara masing-masing.

“Buat yang berada di luar Saudi. Khabarnya mula dibuka buat kalian November nanti. Tu pun bergantung pada keadaan semasa dan status covid negara masing-masing. Sama-sama la kita doa supaya dipermudahkan urusan kalian ke sini,” terangnya.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata teruja dengan pembukkan semula Tanah Suci itu, malah ramai yang berharap agar diberi kesempatan untuk ke sana satu hari nanti.

 



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen