PKPB di Klang, bakal pengantin kecewa kenduri terpaksa dibatalkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Melaksanakan majlis perkahwinan memerlukan kos yang agak tinggi malah perlukan persiapan yang rapi. Biasanya, persiapan dilakukan beberapa bulan sebelum tiba hari persandingan. Namun begitu, tentu sangat membimbang sekiranya majlis terpaksa ditunda disebabkan sesuatu yang tidak dijangka.



Berita sedih buat bakal pengantin apabila bermula 9 Oktober ini empat kawasan di Sabah dan Selangor bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Nikah dibenarkan


Tular di laman Twitter, apabila pasangan ini terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka kerana mereka berada dalam zon merah dan terpaksa ikuti PKPB seperti disarankan.

Alhamdulillah, menurut pengantin pernikahan dibenarkan tetapi akan dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Namun dalam keadaan yang agak genting ini, sebarang majlis yang akan menerima kehadiran orang ramai tentunya tidak digalakkan.

“Deposit hangus...”

Turut berasa simpati apabila pasangan ini terpaksa kehilangan duit yang agak banyak kerana penangguhan tersebut serta terpaksa melihat segala persiapan yang telah dilakukan di buka semula.

Jelasnya persiapan telah siap hampir sepenuhnya malah segala kad kahwin sudah diedarkan dan segala deposit yang sudah dibayar akan hangus begitu saja.



Turut bersimpati

Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa bakal pengantin tersebut, malah ada juga yang meluahkan nasib yang sama kerana pasangan dari daerah yang terlibat PKPB.

Diharapkan pasangan pengantin yang terpaksa berdepan dengan perkara ini dapat lalui ujian ini dengan tabah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen