Terpisah dua negara, lelaki lambai anak dan isteri dari jauh ubat lepaskan rindu

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah berbulan-bulan seluruh dunia berperang dengan wabak Covid-19 ini. Ada yang kehilangan malah ada yang masih menanggung rindu. Bukan mudah berpisah dengan orang yang kita sayang ini, walaupun dapat berhubungan melalui video call tapi tidak akan sama dengan bertentang mata.


Terpisah dua negara

Itulah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila terpisah dua negara angkara Covid-19. Selepas terpisah selama 201 hari antara Singapura dan juga Malaysia, pasangan ini nekad untuk berjumpa walaupun dari jauh.

Menerusi perkongsian Shafikah Sarip dan Muhammad Faiz FS di Facebook, mereka saling membuat panggilan video dari Woodlands Waterfront Park di Singapura.






Awak nampak tak...?


Dari jauh mereka saling melambai dan bertanya “mana awak-mana awak...”, malah di sahut oleh isteri dan anaknya. Situasi tersebut terasa sebaknya.

“Saya pakai baju hitam, awak nampak tak...” kata-kata ini tentunya sangat menyentuh hati suami yang sememangnya sangat rindukan anak dan isterinya.


Siap bawa teropong

Anak-anak melambai keringan ke arah bapa mereka yang jauh di seberang laut dengan harapan bapanya melihat mereka dengan jelas.

Malah, ingin terasa lebih dekat dan lihat bapanya dengan jelas, mereka turut membawa teropong untuk melunaskan rasa rindu tersebut.



Diharapkan wabak Covid-19 ini akan segera hilang dan keluarga yang terpisah berbulan-bulan dapat bersatu kembali, bahkan sesiapa yang sedang diuji saat ini akan terus kuat menghadapinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen