Mulakan proses IVF, suami setia temani dan jaga Siti Elizad di rumah sepenuh masa

Oleh: Zuzu Yasmine

Macam-macam usaha akan dilakukan untuk memiliki cahaya mata. Orang kata, rumah tangga tak lengkap tanpa cahaya mata tetapi siapa yang tidak teringin zuriat sendiri.



Bila mana dikatakan masih ada usaha yang boleh dilakukan tentunya sesiapa yang ingin bergelar ibu dan ayah ini tidak akan melepaskan peluang tersebut dan ingin mencubanya. Walaupun terpaksa menanggung sakit tetapi senggup juga diharungi demi mendapatkan darah daging sendiri.



Setelah beberapa kali tertangguh akan keinginan melakukan rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF), akhirnya pelakon cantik, Elizad Sharifuddin ini berkesempatan menjalani suntikan pertama rawatan tersebut.



Berdasarkan perkongsiannya di Instagram, Elizad berkata doktor turut mengajar suaminya Shamsul Baharin Rahman cara memberi suntikan di bahagian perlu yang perlu dilakukan sendiri di rumah.


Katanya, bukan mudah nak dapatkan anak apabila perlu melalui pelbagai proses malah berharap agar anaknya melihat segala usaha serta berharap agar doanya didengari.

"Susahnya nak dapat awak ni anak . Harap awak tengok lah video dan gambar-gambar macam mana ’struggle’ saya nak dapatkan ‘awak’. Ya Allah perkenankan lah doa ku yang satu ni , juga buat mereka yg senasib dengan saya,” tulisnya.

Elizad dan suami telah berusaha selama 5 tahun untuk mendapatkan zuriat sebelum membuat keputusan untuk lakukan rawatan ini. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2015.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen