Terima surat dari penjara, Ebit Lew segera hantar keperluan untuk 200 orang penghuni

Oleh: Zuzu Yasmine

Keprihatinan Ustaz Ebit Lew dalam semua perkara sememangnya sangat dipuji. Walaupun terpaksa berdepan dengan dugaan, namun itu semua tidak melemahkan semangatnya dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Menerusi perkongsian di Facebook Ustaz Ebit Lew, dia yang sayu selepas menerima surat dari pihak penjara yang memerlukan bantuan dari segi keperluan harian dan juga beberapa barang asas untuk 200 orang.

Beliau yang segera bertindak terus membeli barang yang diperlukan dan terus menghantarnya ke pihak penjara HQ dan juga Penjara Pokok Sena. Walaupun tidak ikut serta ke sana, dia berharap agar bantuan yang disalurkan itu akan segara sampai.

“Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya.

Tulisnya lagi, beliau juga sempat menitipkan doa agar dipermudahkan bagi pihak penjara malah selamatkan semua saudara yang dijaangkiti penyakit Covid-19.

“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan,” kongsinya.

 

Seperti sedia maklum, kebanyakan kes harian Covid-19 yang dicatatkan datangnya dari kes penjara, antaranya ialah Penjara Alor Setar, Pulau Pinang, Tawau, Pusat Koreksional Kamunting, Pokok Sena dan Penjara Wanita Kajang.

Perkongsiannya mendapat perhatian warganet yang rata-rata turut mendoakan beliau agar dipermudahkan urusan dan sihat selalu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen