Kerana pandemik Covid-19, wanita redha lahirkan anak seorang diri tanpa suami di sisi

Oleh: Zuzu Yasmine

Tahun 2020 mungkin bukan tahun yang gembira buat semua orang, malah akan sentiasa diingati. Gara-gara wabak Covid-19, ramai yang kehilangan insan tersayang, ada juga yang terpaksa berjauhan dan kehilangan punca pendapatan.


Itu yang dilalui oleh wanita yang sedang sarat hamil ini, dia terpaksa mengharungi saat mendebarkan seorang diri tanpa insan yang dicintai di sisi kerana terpisah angkara Covid-19 ini.

Terpisah dari kandungan 7 bulan

Dalam perkongsian di TikTok, Memey. Hr menyatakan dia sedang melakukan persiapan akhir sebelum tiba waktu melahirkan anak yang dikandungi. Dia yang terpisah dengan suaminya sejak usia kandungan mencecah 7 bulan. Kini, dia berada di Malaysia manakala suaminya pula di Indonesia.


Masih tersnyum walaupun bimbang

Suaminya yang seorang juruterbang dikatakan tidak dapat masuk ke negara ini akibat pandemik. Walau bagaimanapun, mereka kerap berhubung melalui telefon serta panggilan video. Malah, ibu muda ini masih kelihatan kuat dan tersenyum gembira menantikan kelahiran anak mereka.

“Semoga dipermudahkan...”

Melihat di rungan komen, rata-rata warganet mendoakan agar wanita ini dipermudahkan urusan dan berharap dia terus kuat, malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti yang dilalui.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen