Lelaki cari jodoh guna 'banner' berjaya bertemu pasangan, Aziro sah menjadi suami Ibah

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu perlu dicari bukan dinanti, perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh Noor Aziro, 35, yang pernah tular menggantung banner ditengah jalan bagi mencari jodoh.


Lelaki berasal dari Terengganu ini nampaknya telah selamat bergelar suami setelah menemui wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.

Sah bergelar suami

Berdasarkan perkongsian di Instagram Gegar, beberapa keping gambar Aziro yang lengkap bepakaian serba putih sedondon dengan isterinya ketika upcara membatalkan air sembahyang telah tular.

Aziro dikatakan selamat bergelar suami kepada Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.

Selamat pengantin baru!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah malah ada juga yang mendoakan agar pasangan ini kekal hingga ke jannah. Bukan itu saja, ada juga yang percaya bahawa ini salah satu usaha mencari jodoh yang selamat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen