Suami jual tanah semata-mata untuk beli gajah buat isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah sayang akan seseorang, lautan api pun sanggup direnangi. Itulah yang dilakukan lelaki ini apabila sanggup menjual tanah demi penuhi impian isteri ingin memiliki seekor gajah.




Tanda cinta

Lelaki tersebut dikenali sebagai Dulal Chandra Roy, seorang penduduk daripada Kesatuan Panchagram Lalmonirhat Bangladesh telah menjual tanahnya dan membeli gajah sebagai tanda cinta kepada isterinya, Tulsi Rani Dasi.



Penuhi impian

Dulal merupakan seorang petani, menjual tanah miliknya dan membeli gajah dengan harga Tk16.5 lakh (RM80,712) dan dia telah menyewa sebuah trak untuk membawa gajah tersebut dengan kos sewaan Tk20,000 (RM978).

“Saya menjual tanah dan membeli gajah untuk memenuhi impian isteri saya,” katanya.

Pernah beli haiwan lain

Tulsi mengatakan bahawa dia mempunyai impian untuk memelihara gajah sejak setahun yang lalu.

Pembelian haiwan ini bukan kali yang pertama, beberapa tahun lalu, Tulsi telah membeli seekor kuda, angsa dan kambing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen