"Lalui hidup tanpa abang di sisi.." -Hidayah akui agak sukar tanpa suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Merindu seseorang yang telah pergi buat selamanya tentu sedikit sebanyak akan memberi kesan yang mendalam dalam hidup. Nak-nak lagi jika sebelum ini pernah berkongsi kasih dan bergurau mesra tentunya akan selalu dirindu.



Sudah genap lapan bulan pemergian Allahyarham Abam Bocey, selama pemergian beliau tentu ramai yang sedia maklum ujian yang terpaksa dilalui oleh balu beliau Nor Hidayah.


Kuat demi amanat

Meluahkan rasa rindu di Instagram, Hidayah menyatakan bahawa dirinya akan sentiasa kuat demi menjaga anak lelaki tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dengan sebaik mungkin.

“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah,” katanya.

Sakit nak lalui semua seorang diri

Malah, dia juga turut meluahkan rasa bahawa hidupnya sedikit sukar sejak kehilangan suami tercinta namun tetapi akan terus kuat demi orang disekelilingnya.

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi sangat sukar, sangat susah, dan sangat sakit nak lalui semua, tapi kekuatan sayang keluarga alhamdulliah sayang bangun,” jelasnya.

Syukur dapat buka kedai

Hidayah kini yang sibuk berniaga turut meluahkan rasa syukur malah percaya akan rancangan Allah yang telah ditetapkan untuknya.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari pengiktnya yang rata-rata memberi kata-kata semangat buat dirinya agar terus kuat dan tabah hadapi ujian hidup.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen