"Bakal pengantin menangis..." - Majlis akad nikah di daerah Klang tidak dibenarkan sepanjang PKPB.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Jumaat lalu di daerah Klang, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan semua majlis akad nikah di kawasan tersebut berkuatkuasa hari ini.



Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan itu membabitkan semua temujanji majlis akad nikah dijadualkan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID Klang) yang dibuat sebelum atau 7 Oktober lalu.

"Keputusan ini membabitkan temujanji pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar.

"Penangguhan ini dibuat berikutan penangguhan semua aktiviti di masjid dan surau oleh JAIS di seluruh daerah Klang yang dikuatkuasakan pada 7 Oktober lalu,” katanya.

Menurutnya, temujanji akad nikah individu berkenaan di PAID Klang akan dijadualkan semula.

"Sebarang perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan majlis akad nikah di daerah Klang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," tambahnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen