"Hilang deria rasa, mata jadi rabun..." -Lelaki ini kongsi gejala awal sebelum disahkan positif Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Penularan wabak Covid-19 ini yang semakin ditahap membimbangkan meresahkan hati orang ramai. Dengan adanya kes baru setiap hari, orang ramai sudah mula melakukan kuarantin kendiri kerana bimbang dijangkiti atau menjadi punca penyebaran wabak ini.


Pelbagai gelaja yang akan dirasai sekiranya seseorang itu dijangkiti wabak Covid-19 dan adalah lebih baik sekiranya orang ramai mematuhi SOP malah mengambil berat akan gejala yang ada.

Menerusi satu perkongsian Abdul Fatah Abu Hanipah yang telah disahkan positif Covid-19 boleh jadi panduan buat orang ramai akan gejala penyakit ini. Bahkan, semangat positif dari Fatah boleh dicontohi untuk melawan penyakit ini.

Masih boleh bergurau

Beliau yang masih sempat berseloroh walaupun positif Covid-19 sememangnya memberi semangat kepada mereka-mereka yang menerima nasib yang sama.


Gejala sebelum positif

Menurutnya, ada beberapa gejala yang dialami sebelum beliau disahkan positif, antaranya demam panas, batuk, selsema dan sakit kepala. Malah, ada juga yang hilang deria bau serta mengalami masalah mata.

Jelasnya kerana badan semakin rasa tidak selesa maka dia membuat keputusan untuk melakukan ujian saringan dan didapati positif Covid-19.

Bila disahkan positif Covid-19

Fatah turut berkongsi antara langkah yang beliau lakukan apabila disahkan positif Covid-19, malah ada sedikit soal siasat dilakukan untuk ketahui orang sekeliling yang mungkin dijangkiti juga.



Perkongsiannya mendapat perhatian ramai yang rata-rata beri kata-kata positif kepada Fatah, malah diharapkan Fatah akan segera sembuh dan terus kuat melawan penyakit ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen