Sama-sama tak pernah bercinta, 5 bulan kenal pasangan ini terus buat keputusan nak kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila umur semakin bertambah, tentunya perkara ini sangat membimbangkan. Nak-nak lagi bila lihat kawan-kawan sudah mula mendirikan rumah tangga, tentunya sedikit sebanyak tergerak nak mendirikan ruma tangga juga.


Tapi itulah pencarian jodoh ini bukanlah satu perkara yang mudah, nak kena pilih dan teliti mana yang sesuai sebagai pasangan hidup. Namun, jangan terlalu terburu-buru dalam mencari pasangan ini, percayalah seseorang yang tepat tentunya akan tiba pada waktu yang tepat kelak.

Tak pernah bercinta

Seperti pertemuan pasangan ini, dikongsikan oleh adik pengantin perempuan di TikTok Liilasal yang menyatakan bahawa kakaknya itu tidak pernah bercinta selama 26 tahun. Malah kakaknya ini begitu menjaga dirinya sehinggalah tiba-tiba datang lelaki yang mendekati dan melamar kakaknya itu.



Bercinta selepas nikah

Berkenalan hanya lima bulan saja, lalu pasangan ini mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan yang ada. Macam kebetulan, pengantin lelaki rupanya juga dikatakan tidak pernah bercinta sebelum ini. Nampaknya pasangan ini akan belajar bercinta selepas nikah.

Status bujang bukanlah perkara yang menyedihkan, tetapi percayalah bila jodoh sudah sampai segalanya akan dipermudahkan.

Perkongsian ini mendapat perhatian dari warga TikTok yang percaya bahawa jodoh itu cerminan seseorang malah percaya jika menjaga diri dengan baik,  pasangan juga akan begitu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen