"Bukan semua lelaki 'buaya'..." -Pemuda baru nak 'move on' selepas 10 tahun menanggung rindu

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah melupakan seseorang yang pernah memberi kebahagiaan kepada kita, walaupun sebentar tetapi pasti cukup memberi kesan. Selalunya, orang cakap lelaki ini cepat move on, baru putus hari ini esok dah ada pengganti yang baru.


Tapi tidak semuanya seperti itu. Ada yang masih berpegang teguh pada janji dan cinta walaupun sudah 10 tahun berlalu. Walaupun kekasih hati sudah bahagia bersama insan lain tetapi ada yang tetap masih setia menunggu.


Wang kertas berserta nama

Itulah yang dilalui oleh pemuda yang dikenali sebagai Amirultody ini. Berdasarkan video yang dikongsi di TikTok, pemuda ini mengeluarkan sekeping wang kertas dari wallet yang tertera tarikh berserta nama lelaki dan perempuan.



Selepas 10 tahun baru nak move on

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, malah kekasih hati sudah menjadi milik orang tetapi wang berserta tulisan nama itu masih lagi tersimpan dan masih lagi elok. Itu belum lagi segala kenangan yang mungkin masih segar dalam ingatan. Bukan semua lelaki itu buaya, ada juga yang masih setia pada janji.

Setelah 10 tahun berlalu, barulah pemuda ini mengambil keputusan untuk move on.

“Esok pagi aku buang dalam parit depan rumah aku,” luahnya.

Melihat ke ruangan komen, ramai yang berkongsi kisah serupa seperti pemuda ini, malah ada juga yang berkongsi kisah bahawa sedih akan pasangan yang masih belum move on dari hubungan lalu. Bukan mudah nak melupakan tetapi perlu belajar melupakan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen