"Tunang pun hari yang sama!" - Pasangan kembar ini tarik perhatian ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai kembar, tentu akan mula memikirkan pemakaian yang sama dan wajah yang serupa. Memang seronok kalau ada kembar ni, boleh jadi kawan yang baik boleh juga jadi tempat bergaduh.


Tapi kalau selalu nampak kembar kerap memakai pakaian yang sedondon, tapi berlainan pula dengan dua gadis yang memiliki wajah seiras ini.

Sama tapi minat berbeza

Dikongsi oleh Zalila Nordin di ruangan TikTok, walaupun mereka memiliki wajah yang seiras tetapi mereka dikatakan tidak mempunyai minat yang sama malah sikap mereka juga berbeza. Dia yang berkongsi gelagat bersama kembarnya, Zasya Nordin menyatakan bahawa mereka tidak suka memakai pakaian yang sama kerana menyukarkan mereka untuk saling bertukar sesama sendiri.

Ramai yang keliru

Baru-baru ini, mereka telah melangsungkan majlis pertunangan pada hari yang sama. Walaupun memilih warna busana yang berbeza, tetapi rata-rata tetamu yang hadir keliru membezakan dua beradik ini. Zalila mengenakan busana berona biru manakala kembarnya berwarna merah jambu, tetapi jika sekali imbas sememangnya tidak dapat bezakan mereka ini.

Walaupun ada sedikit perbezaan, tetapi rakan-rakan mereka adalah orang yang sama. Dikesempatan itu, Zalila juga sempat berkongsi kemeriahan majlis pertunangan bersama kembarnya itu.

Mendapat perhatian warganet, rata-rata mereka menyatakan bahawa seronok jika memiliki kembar namun ada juga yang bimbang jika tertukar pasangan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen