Lelaki berperwatakan lembut kecewa sering dipandang serong bila bercinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang ada pilihan mereka yang tersendiri dalam mencari jodoh ni, ada yang sukakan lelaki yang sado, macho dan nampak tegas, tapi ada juga yang suka lelaki memahami serta agak lembut sedikit. Masing-masing berhak menentukan pasangan hidup mereka sendiri tanpa peduli kata-kata yang tidak enak didengari.



“Lelaki lembut tak layak bercinta...”

Tapi baru-baru ini, perkara ini belaku pada jejaka Ervan Rizuan bersama kekasih hatinya Nik Farin. Ervan yang terasa sedih akan kata-kata orang yang tidak enak didengari, seolah-olah lelaki sepertinya tidak layak untuk bercinta. Walaupun berperwatakan lembut, namun dirinya masih lagi lelaki sejati.

Bagaimanapun, dia berterima kasih akan kekasihnya itu kerana menerima dirinya seadanya walaupun ada mulut-mulut yang menyatakan bahawa gadis ini tersalah memilih bakal teman hidup.



Kasih sayang & saling percaya

Pasangan ini dikatakan sedang menjalinkan long distance relationship antara dua negeri, malah masing-masing sedang sibuk mencari rezeki. Bukan itu saja, mereka memilih untuk mengabaikan kata-kata negatif yang dilontarkan kepada mereka dan yakin bahawa kasih sayang dan saling percaya itu lebih penting dalam hubungan.

Walaupun begitu, ada juga warganet yang menyatakan bahawa lelaki lembut ini lebih memahami hati seorang perempuan malah lebih romantik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pasangan ini agar sentiasa bahagia malah berharap agar hubungan pasangan ini mampu berjaya hingga ke jinjang pelamin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen