Muka berubah jadi seram, kedut dan bengkak saat hamil, ibu muda ini bersyukur suami masih setia

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila seorang wanita itu hamil, akan pelbagai dugaan yang perlu dia hadapi. Terasa badan lemah tidak berdaya, tubuh badan mula berubah malah ada juga yang mengidam nak makan itu ini. Bukan mudah nak harungi semua itu selama 9 bulan.


Tapi berlainan pula dengan dugaan yang perlu dihadapi oleh ibu muda ini. Dalam tempoh kehamilan Nur Azs diuji dengan perubahan wajah yang sangat mendadak. Dia yang diuji dengan wajah yang menyeramkan hingga terasa malu nak berjumpa dengan orang lain.

Bengkak, kedut, hitam...

Menurut perkongsiannya di Facebook, wajahnya bertukar menjadi bengkak, kedut dan hitam malah badannya penuh dengan alergik sehingga membuatkan dia takut untuk mengandung lagi.

Suami setia disisi

Walaupun diuji sedemikian rupa tapi dia tetap bersyukur kerana suaminya tidak pernah berhenti beri semangat dan aura positif kepadanya saat kehamilan. Malah, dia bersyukur dikelilingi dengan orang yang baik-baik serta memberi semangat kepadanya.

Segala perit yang dilalui itu terubat apabila dia melihat wajah anaknya yang comel ketika ini serta bersyukur kerana keadaannya semakin pulih sekarang ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata semangat malah mendoakan agar wajahnya segera pulih seperti sedia kala. Ada juga dikalangan warganet yang berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan ibu muda ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen