Demi orang tersayang, pasti sesiapa pun akan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan mereka tersenyum. Walaupun kadang di luar kemampuan, tapi usaha nak memastikan orang tersayang senyum itu lebih berharga.
Ambil sendiri hanya naik moto
Satu rakaman yang menyentuh hati telah dikongsikan oleh Cik Tiey di TikTok mengenai seorang wanita yang menempah ‘bouquet’ darinya. Wanita tersebut hanya menunggang mostosikal saat mengambil tempahan itu, malah sempat tersenyum penuh keikhlasan.
Untuk suami tercinta
Rupanya, bouquet itu adalah kejutan buat suami tercinta. Nampak begitu teruja pada wajah wanita tersebut saat memgambil dan menyimpan bouquet tersebut. Beruntung suaminya kerana memiliki isteri seperti ini.
Melihat ke ruangan komen ramai yang tersentuh hati akan rakaman tersebut, malah mendoakan agar wanita tersebut bersama suaminya akan kekal bahagia. Ada juga yang berharap agar usaha wanita tersebut tidak disia-siakan.
Tinggalkan Komen