Jodoh tak kunjung tiba, perlukah kita menunggu atau mencari?

Lumrah manusia adalah hidup berpasangan. Perasaan kasih dan sayang yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah anugerah untuk kita.


Namun, jodoh yang tidak kunjung tiba menimbulkan sedikit kegusaran dalam hati. Jadi, adakah kita perlu terus menunggu atau mencari?

 

1. Jodoh tak jatuh dari langit


Kita haruslah sedar bahawa jodoh tidak jatuh dari langit tanpa usaha. Bertawakal itu benar, namun tanpa usaha yang gigih tawakal akan menjadi sia-sia. Oleh itu, menunggu itu boleh pada masa yang sama kita juga perlulah melakukan sedikit risikan agar penantian kita tidak sia-sia.


2. Berkenalan dengan ramai orang


Jodoh adalah rahsia Tuhan dan sebagai manusia, kita digalakkan untuk saling berkenalan. Hal ini bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan silaturrahim malah melalui berkenalan kita boleh mencari seseorang yang sesuai dengan kita. Mungkin saja, jodoh yang kita tunggu selama ini adalah jiran sebelah kita? Jadi, tiada salahnya untuk berkenalan dengan ramai orang.

 


3. Memahami sikap dan perwatakan


Kunci kebahagian adalah sikap saling memahami. Oleh itu, apabila kita mencari dan mengenali seseorang kita akan dapat memahami sikap beliau serta perwatakannya. Perkarta ini amatlah penting untuk kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


4. Mencari titik persamaan


Apabila kita mencari jodoh, kita juga dapat mencari titik persamaan antara diri kita dengan bakal pasangan kita. Hal ini kelihatan agak rumit namun tanpa persamaan, bagaimana kita ingin mendirikan mahligai yang bahagia? Melalui fasa rumit ketika berkenalan lebih baik daripada melaluinya setelah bernikah kerana cabarannya lebih besar.

 

 

Kesimpulannya, jodoh adalah rahsia yang tak terungkap. Namun, berusaha adalah satu keperluan dan hanya diri kita sahaja yang mampu untuk menetapkan keputusan yang terbaik buat kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen