"Dia Sangat Teruja Bila Tahu Anak Perempuan..." - Suami Redha Isteri 'Pergi' Selepas Bersalin

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkilan. Berita yang sepatutnya gembira menjadi sebuah kenangan yang sedih dalam hidup lelaki ini. Dalam menghitung hari menantikan kelahiran orang baru tanpa sangka ia menjadi perkara yang sebaliknya.

Itulah yang dilalui oleh suami ini apabila terpaksa berdepan saat sedih kehilangan isteri serta anak dalam kandungan.


Menerusi laporan Harian Metro, isteri kepada Muhamad Nor Syahiddan Mohd Yunos, telah pergi menghadap Illahi ketika sarat mengandungkan anak keduanya akibat komplikasi jangkitan kuman.

Isteri teruja nantikan anak kedua

Menurut Syahiddan, isterinya Nur Shamira sememangnya mahukan anak perempuan dan begitu teruja akan kehamilan yang kedua ini.

"Arwah memang terlalu inginkan anak perempuan dan teruja apabila hamil bayi perempuan. Katanya sebab ada teman memandangkan anak pertama kami lelaki namun tidak sangka dia 'pergi' bersama anak yang dikandungnya," katanya.


Dikenali sebagai seorang isteri yang taat, arwah dikatakan tidak menghidap sebarang penyakit selain diabetes sewaktu mengandung.

Tidak bermaya, pucat

Imbas kembali sewaktu arwah masih ada, Syahiddan jelas mengingati isterinya kelihatan tidak bermaya dalam melakukan rutin harian.

"Sewaktu masih sedar, arwah juga ada berpesan agar saya menjaga Aisy Hafiy sebaik mungkin sedangkan selalunya perkataan yang digunakan adalah tolong tengok-tengokkan abang (Aisy Hafiy), seakan-akan arwah sudah menjangka dia akan meninggalkan kami dalam waktu terdekat," jelasnya.

Jelasnya, arwah ada melakukan pemerikasaan, namun doktor tidak memberitahu mengenai penyakit yang dihadapi arwah. Tapi pada dua hari selepas itu arwah kelihatan tidak bermaya membuatkan dia segera membawanya ke hospital.

Bayi sudah tiada isteri kritikal

Tiba di hospital, doktor memberitahu degupan jantung serta nafasnya sudah sangat perlahan manakala degupan jantung bayi yang dikandung sudah tiada dan terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan, isterinya pula berada dalam kritikal. Tidak sangka selepas itu diberitahu isterinya telah tiada.

Dia yang akan sentiasa mengingati pesan arwah agar menjaga anak sulung dengan baik dan akan teruskan hidup walaupun agak perit.

"Saya sedar hidup perlu diteruskan juga walau dalam keadaan sebegini. Kalau kita sedih, arwah lagi akan sedih 'di sana'. Biarlah (tahap) kesedihan itu saya seorang yang tahu walaupun dari luaran saya kelihatan tenang," katanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen