Wang tunai RM1,000 menanti bakal pengantin di Kelantan

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa negeri Kelantan menghulurkan sumbangan keraian nikah sebanyak RM1,000 buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Fokusnya kepada golongan miskin, Skim Gerbang Az-Ziwaah telah dilancarkan di negeri itu sejak sembilan tahun yang lalu.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, peruntukan saguhati itu bertujuan membantu pasangan muda yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

Program yang bertemakan ‘Anda Bijak Kerana Berkahwin’ bertujuan mengelakkan golongan muda terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

“Skim yang dilaksanakan kerajaan negeri itu diberikan dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan berkaitan di pejabat kadi, pejabat ADUN atau boleh muat turun borang dari Facebook, Gerbang Az-Ziwaaj.

“Islam amat menggalakkan umatnya melangsungkan perkahwinan bagi mewujudkan ikatan yang sah antara lelaki dan wanita. Menerusi perkahwinan, ia mewujudkan rasa bertanggungjawab selain menghindar perlakuan zina,” katanya.

Katanya lagi, kebanyakan masyarakat tidak tahu mengenai program tersebut yang menetapkan syarat mudah iaitu pasangan mesti warganegara Malaysia dan rakyat Kelantan yang melangsungkan perkahwinan pertama.

Tambahnya, pemohon perlu tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu mengikut kriteria serta budi bicara kerajaan negeri selain salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau wanita yang akan berkahwin yang layak menuntut skim itu.

Bagaimana cara untuk memohon ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Cara untuk memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di :

• Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
• Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim
• Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
• Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen