"Hantaran kahwin diangkut guna lori..." - Gadis 18 tahun terima lamaran warga emas 71 tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila hati dah sayang, umur seseorang itu bukan penghalang untuk mendapatkan kebahagiaan. Walaupun jarang-jarang berlaku, tetapi cinta yang berputik itu tidak mengenal usia.


Itulah yang dilalui oleh pasangan ini apabila perbezaan usia 53 tahun tidak menghalang untuk mereka kecapi bahagia mereka. Lelakinya berusia 71 tahun manakala isterinya pula 18 tahun.



Uniknya, hantaran yang diberikan si lelaki kepada isterinya iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari juga menarik perhatian ramai malah hantaran itu terpaksa diangkut dengan lori ketika majlis perkahwinan mereka.

Pelbagai sumber memaklumkan, Abah Sarna memberi mas kahwin termasuk wang 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819).



Menurut laporan Portal Tribunnews, lelaki itu dikenali sebagai Abah Sarna manakala isterinya bernama Noni berasal dari Bunut Pangsor, Pegaden, Subang, Jawa Barat.

Perkahwinan pasangan itu menjadi tular selepas gambar pernikahan mereka dimuat naik di akaun Facebook Ririn Priyanti.

"Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI (yang bujang, jangan iri hati)," tulis Ririn Priyanti.

Dilihat sangat mesra walaupun jarak umur yang sangat jauh, pasangan ini mengenakan dua pakaian berbeza pada hari bersejarah mereka.

Kemesraan itu terpancar apabila Abah Sarna turut dilihat mengucup isterinya manakala Noni pula hanya tersenyum kerana tersipu malu selepas mendapat kucupan daripada suaminya.

Perkara ini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial terutama di negara seberang.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen