"Sarung cincin buat bakal isteri abah..." - Demi kasih sayang, anak datang melamar calon isteri untuk ayah

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehadiran orang baru belum tentu diterima baik dalam keluarga, lebih lagi jika orang tersebut akan menggantikan tempat ibu kita.

Malah, pandangan orang terhadap ibu tiri ini juga selalunya kurang enak, ditambah pula apabila ada kalangan anak yang kurang bersetuju.



Bukan mudah untuk mencari seorang wanita lain yang menggantikan tugas ibu kita, walau bagaimanapun kita juga perlu memahami bahawa setiap insan inginkan teman dan pasangan.

Oleh itu sebagai anak kita juga perlu berfikiran terbuka dan positif.

Asalkan abah bahagia

Itu yang dilakukan oleh wanita ini, apabila dia sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan bapanya telah mendapat perhatian ramai. Berkongsi detik indah itu di TikTok, Mawar Ashiqin telah melamar sendiri wanita pilihan bapanya.

Sarung sendiri cincin buat bakal ibu baru

Bukan sekadar datang sebagai salah seorang ahli rombongan meminang, tetapi Mawar juga dilihat menyarungkan cincin di jari manis dengan penuh hormat kepada calon isteri bapanya itu. Dia yang mengakui melakukan semua perkara itu demi kebahagiaan bapanya.

Meraih lebih 80 ribu jumlah tontonan, rata-rata warganet mengagumi Mawar yang memahami bapanya. Bukan itu saja, mereka juga mengingatkan Mawar agar menerima kehadiran wanita itu sama seperti ibu sendiri dan menumpang gembira akan kebahagiaan bapanya selepas ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen