"Terima kasih..." - Gadis rakam kekasih kantoi 'dating' dengan orang lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Curang itu mungkin perkara yang menyeronokan tetapi dicurangi itu adalah satu kesakitan yang mengecewakan. Orang yang berlaku curang tidak akan rasa apa kesakitan itu malah mereka tidak akan pernah ambil tahu, tetapi yang dicurangi ini akan sangat terkesan.


Lihat kekasih bersama wanita lain

Itulah yang terpaksa dilalui oleh gadis ini apabila melihat sendiri kekasih hatinya bermesra dengan orang lain dihadapannya. Mahu dikenali sebagai Hayani, dia telah memuat naik rakaman saat kekasih hatinya itu sedang makan bersama ‘girlfriend’ lain, sedangkan mereka berdua masih belum memutuskan hubungan yang terjalin.

Mahukan kejujuran

Kecewa dengan tindakan lelaki tersebut, dia hanya mahukan kejujuran dari hubungan yang dibina bukannya penipuan yang menyakitkan. Terkilan dengan tindakan lelaki itu, Hayani menyalahkan dirinya yang kurang cantik berbanding gadis di sisi kekasihnya itu, bahkan kerana itu jugalah dia merasakan pasangannya berlaku curang.

Bersyukur tahu kebenaran

Walaupun dalam rasa sedih dan kecewa, namun beliau bersyukur kerana tahu akan kebenaran yang menyakitkan itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Malah, ramai yang menasihati agar move on dari lelaki yang tidak menghargai dirinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen