Anggota polis IPD Subang Jaya positif Covid-19, 44 pegawai polis diarah jalani kuarantin kendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan sehingga pihak kerajaan terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk membandung wabak ini. Banyak berkorban masa dan tenaga, selain petugas kesihatan, polis dan tentera juga terdedah dengan jangkitan wabak ini.


Sebagai langkah berjaga-jaga

Menerusi laporan Sinar Harian, Seramai 44 anggota dan pegawai polis yang bertugas di Selangor sedang menjalani kuarantin kendiri sebagai langkah berjaga-jaga selepas terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.



Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan isteri kepada anggota di IPD Kajang disahkan positif wabak berkenaan.

“Setakat ini, tiada keperluan untuk tutup IPD dan balai sebagaimana dibuat sebelum ini,” katanya.

Sentiasa bersedia sebarang kemungkinan

Berikutan mengenai kekuatan polis di kawasan terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Noor Azam berkata, pihaknya mengerahkan seramai 60 anggota untuk setiap syif bagi memantau kawasan berkenaan.

“Kita sentiasa bersiap siaga dalam apa jua situasi seperti PKPD. Kita sudah menggerakkan semua kekuatan sedia ada bagi memantau kawasan PKPD.

“Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membantu dalam penugasan tersebut,” ujarnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen