Tak puas hati dikompaun kerana PKP, rakyat boleh kemukakan rayuan di mahkamah

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan penularan wabak Covid-19 masih dalam membimbangkan, ada beberapa kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tindakan ini dilakukan untuk memastikan penduduk di zon merah yang kemungkinan dijangkiti wabak tersebut menyebarkan ke tempat lain.


Bagi mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut, beberapa tindakan undang-undang akan dikenakan seperti kompaun.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah itu.

"Polis Wangsa Maju akan terus mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu tanpa prejudis jika didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau juga sempat mengulas isu yang viral di media sosial mengenai rasa tidak puas hati atas tindakan kompaun yang dikenakan ke atas seorang individu atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan betul,

"Walau bagaimanapun, mana mana individu yang dikenakan kompaun mempunyai hak dan boleh membuat rayuan.

"Mereka boleh mengemukakan rayuan di mahkamah mengikut saluran yang ditetapkan untuk proses semakan semula kompaun tersebut," katanya.

Pihaknya meminta orang ramai untuk terus mematuhi pelaksanaan arahan PKPB dan juga SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebelum ini, tular di media sosial menerusi satu hantaran di akaun Facebook menggunakan nama Vanzolio Dior itu, seorang pemuda dikatakan dikompaun oleh anggota polis ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Setapak dengan alasan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna.

Beberapa gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut dimuat naik bersama hantaran itu menunjukkan pemuda terbabit memakai pelitup muka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen