Sentiasa sokong minat memancing suami, isteri hadiahkan Shimano Stella sempena 'anniversary'

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentu mempunyai hobi mereka sendiri sebelum kahwin, tapi ada yang tak mampu meneruskan hobi mereka kerana pasangan kurang memahami.

Bertuah kalau dapat pasangan yang memahami minat kita ini. Bukan saja dapat kebenaran darinya tapi, pada masa yang sama dapat sokongan yang belum tentu dimiliki oleh orang lain.


Itulah yang dilakukan oleh isteri ini yang menyokong minat suaminya yang sememangnya seorang kaki pancing.

Hadiah idaman kaki pancing

Menerusi perkongsian Shakila Nizam di Facebook Geng Pancing Malaysia, dia telah menghadiahkan suaminya sebuah mesin pancing atau fishing reel yang agak mahal harganya.

Ramai yang cemburu

Bukan hadiah yang biasa-biasa, tetapi fishing reel jenama Shimano dan model Stella kepada suami tersayang sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka. Tidak sekadar memahami tetapi wanita itu siap beri apa yang sememangnya kaki pancing idamkan.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian kaki pancing kerana cemburu akan hadiah yang diberikan oleh isterinya itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan lelaki tersebut beruntung mempunyai isteri yang memahami minatnya serta ada juga yang meminta tips agar isteri-isteri mereka juga seperti itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen