Tolak buat majlis kahwin walau keluarga nak taja, pasangan ini beri inspirasi kepada ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kahwin sekali seumur hidup, mestilah kena buat majlis besar-besaran. Malah, kalau berhabis duit sedikit ketika ini pun tidak mengapa. Itu adalah pemikiran segelintir masyarakat kita. Namun berbeza pula dengan pasangan sejoli ini.




Tak adakan majlis walaupun ada wang

Jika selama ini lihat pasangan ini bahagia sentiasa rupanya ramai yang tidak tahu kisah mereka.

Baru-baru ini Hajar Hanif telah berkongsi kisah saat mereka mendirikan rumah tangga. Hajar dan suaminya, Mikhail Isaaq memilih untuk tidak melakukan majlis persandingan sedangkan mereka berdua sebenarnya dari keluarga yang senang.



Malah, menurutnya keluarganya juga pernah ingin menghulurkan hasrat untuk membantu mereka namun ditolak hanya kerana mereka ingin rasa apa itu susah dan juga ingin berdikari.




Tidak ambil kesempatan atas orang tua

Bukan tak ada kata-kata yang tak enak didengari namun, mereka enggan mengambil kesempatan atas kesenangan orang tua mereka. Malah, mereka sendiri tekad dalam mencari rezeki bersama walaupun dia pernah menangis kerana terlalu penat berkerja.



Rezeki lepas kahwin lebih mencurah-curah

Hajar juga meninggalkan sedikit pesanan agar sentiasa berusaha tanpa mengharapkan daripada ibu bapa semata-mata. Malah, jika sudah berjumpa dengan jodoh yang sesuai terus kahwin kerana ada rezeki yang luas selepas berkahwin.



Perkahwinan yang besar-besaran atau bersederhana itu tidak menentukan apa-apa, tapi lebih penting kasih sayang dan usaha sama yang dipupuk dalam hubungan rumah tangga tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen