"Bawak Molek Heli Tu" - Mangsa sempat berbalas komen dengan bapa sebelum nahas

Tragedi dua helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati sememangnya menggemparkan ramai orang.

Dikatakan dalam kejadian tersebut dua mangsa disahkan meninggal dunia manakala dua lagi dimaklumkan mengalami cedera ringan.


Menerusi Harian Metro, dua mangsa dikenali Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, dikatakan sedang berada dalam latihan penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Bapa sempat komen di status anak

Apa yang lebih menyedihkan, Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi telah memuat naik satu rakaman video helikopter yang sedang bersedia untuk terbang di laman Fecbooknya.

Malah dikesempatan itu juga bapanya sempat memberi komen dan memintanya untuk menjaga diri kerana keadaan cuaca yang kurang baik.



Irfan turut dilihat membalas komen daripada bapanya beberapa jam sebelum nahas tersebut berlaku.

Dilihat melalui Facebook Irfan, komen terkahir arwah bersama bapanya itu telah mendapat perhatian dari warganet. Malah, ruangan komen juga didapati dihujani komen ucapan takziah. Diharapkan keluarganya kuat terima ketentuan ini.




Anda masih keseorangan?

918,237 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen