Ingatkan filter tadi, rupanya kembar tiga 'cantik manis' TikTok dapat perhatian ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Seronok kalau ada kembar ni. Boleh kongsi banyak perkara sama-sama, nak-nak lagi kalau bab pakaian. Itu belum lagi kalau berkongsi gerak hati yang sama, eh macam ada kuasa luar biasa pula. Sama macam tiga gadis kembar ini, mereka ini sering mendapat perhatian kerana wajah yang serupa serta suka keakraban mereka ini.


Kembar tiga seiras

Kembar tiga berasal dari Indonesia ini selalu mendapat perhatian kerana mereka gemar berkongsi pelbagai aksi melalui rakaman TikTok secara bersama. Lebih mesra dengan panggilan Natasya, Nadiya dan Nabila, mereka ini selalu sedondon ke mana sahaja.

Berkongsi tarian mulanya

Kerap berkongsi rakaman tarian bersama berserta dengan pakaian yang sedondon, mereka bertiga ini seolah-olah pantulan dari cermin jika tidak perhatikan dengan begitu jelas kerana begitu serupa. Seronok betul kalau ada kembar yang berkongsi minat yang sama ini.


Kembar tiga ini juga dikatakan mula mendapat perhatian selepas membuat tarian dengan lagu popular berjudul ‘Kopi Dangdut’ yang mana mulanya mereka ini dikatakan menggunakan teknik suntingan atau filter untuk menampakkan efek kembar. Rupanya mereka ini ‘real’.



Menjengah ke ruangan komen Instagram dan aplikasi TikTok kembar tiga ini, ramai yang seronok melihat keakraban mereka ini. Malah ada juga yang teringin untuk memilik kembar selepas melihat mereka ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen