"Tak timbul isu kita takut mati..." - Dr Noor Hisham jelas dakwaan 'takut mati'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini di Dewan Rakyat, MP Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut akan kematian antara punca dirinya tidak turun padang telah mencetuskan ketegangan.


Menerusi rakaman video yang dikongsikan wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap, Tan Sri Dr Noor Hisham menjawab dakwaan beliau 'takut mati' kerana tidak turun padang dan hanya buat sidang akhbar harian di sidang media petang semalam.

“Tidak timbul isu yang kita takut mati, kita sebagai orang Islam kita terima kematian itu dimana-mana akan berlaku bukan hanya turun padang atau tidak…”

Malah Dr Noor Hisham Abdullah juga memetik firman Allah SWT ayat 185 dalam surah Al-Imran bagi menjawab tuduhan tersebut.

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati', sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali," jelasnya.

Menurut beliau, niat adalah paling penting dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan malah baginya niat untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara ini selain memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen