Genap tiga tahun berumah tangga, Mawar Rashid tersentuh dapat 'suprise' dari suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga tentunya akan teruja menanti ulang tahun perkahwinan mereka. Masa inilah, akan imbas kembali saat percintaan dan ketika bergelar menjadi pasangan suami isteri, tentunya terasa begitu pantas. Malah, ada juga yang akan menghitung sudah berapa lama melayari bahtera bahagia itu bersama-sama.


Sama juga dengan pelakon dan usahawan, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob yang berkongsi saat istimewa bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.

Menangis terharu

Menerusi Instagram milik Mawar Rashid, terlihat pasangan ini mengenakan busana sedondon merah malah, suasana begitu romantik yang menemani makan malam mereka ketika hari bersejarah itu.



Sangat bahagia dengan kejutan yang dilakukan suaminya itu sehinggakan Mawar menitiskan air mata kerana terharu. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Mawar yang kini sedang sarat mengandung anak kedua.


Sarung cincin pemberian suami

Dalam perkongsian yang lain, Mawar juga lengkap mengenakan cincin perkahwinan dan cincin pertunangannya yang telah lama tidak dipakai, namun pada malam bersejarah itu dia menyarungkan kembali.

Perkongsian itu telah menarik perhatian peminatnya yang mana turut mengucapkan ulang tahun buat pasangan ini dan juga mendoakan kebahagian mereka.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Novemberi 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen