"Pergi dalam keadaan reda..." - Ibu luahkan rasa sebak pemergian anak tersayang

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian, itulah lumrah dalam kehidupan. Tapi, apabila perginya tanpa pesan dan tiba-tiba tentunya meninggalkan kesan kepada orang di sekeliling. Nak-nak lagi sikapnya yang penyayang dan mesra tentunya akan meninggalkan kesan kepada semua orang terdekat.


Kehilangan rasa sedih ini telah diluahkan oleh seorang ibu menerusi Facebooknya, Nor Anisah yang begitu sayu akan pemergian anak lelakinya Muhammad Fadli Muhammad Idris pada 8 November lalu. Perginya secara tiba-tiba dan mengejutkan, tentunya menimbulkan tanda tanya orang sekeliling.

Menerusi perkongsian itu, Anisah berkongsi secara terperinci akan punca pemergian anaknya itu bagi menjelaskan kepada mereka yang ingin tahu.

Kesihatan terjejas saat melanjutkan pelajaran

Menurutnya, anak kedua dari enam beradik itu mempunyai masalah sindrom nephrotic di mana buah pinggang menghadapi sedikit masalah. Perkara itu pun dikesan selepas anaknya itu jatuh sakit saat menyambung pengajian di Acheh.

Anaknya itu tidak pernah putus asa dalam menlanjutkan pengajian walaupun berkali-kali tertunda kerana masalah kesihatan yang dialaminya.

Sentiasa meminta maaf dan luahkan rasa kekesalan hati

Namun semuanya mula bertambah bimbang apabila pada hujuang September lalu kesihatannya mula merosot dan telah menjejaskan jantung hingga perlu mendapatkan rawatan di IJN. Walaupun begitu, semuanya kembali stabil kerana anaknya dapat berjalan dan berkomunikasi dengan baik.

Masih segar diingatan, Anisah sempat berkongsi bahawa anaknya itu sering meminta maaf dan juga meluahkan rasa kekesalan kerana tidak dapat membahagiakan ibu bapanya. Malah sebelum ini juga, anaknya itu sempat bertanya khabar sahabat lamanya di Aceh.



Batuk berdarah hingga dikejarkan ke HKL

Namun pada 7 November lalu, kesihatannya kembali merundum apabila mula batuk-batuk dan mengeluarkan lendir darah. Dikesampatan itu juga dia sempat menghubungi adik beradiknya dan berbual ceria walaupun sedang bertarung dengan kesakitan.

Batuknya semakin kerap hingga mereka terpaksa membawanya ke bahagian kecemasan HKL, malah dikesempatan itu juga anaknya itu dikatakan memohon maaf dan mengucap kalimah syahadah tanpa putus.

Bila tiba di HKL bukan rawatan seperti biasa yang diberikan tetapi anaknya itu perlu ditidurkan kerana jantung begitu lemah dan kemungkinan tidak akan bangun jika rawatan tersebut gagal.

‘Pergi’ dengan segala persiapan

Seperti yang sudah tertulis, 8 November anaknya itu telah pergi buat selamanya walaupun pihak hosptial telah sedaya upaya menyelamatkannya. Terpaksa menerima dengan hati yang tenang, Anisah juga menyatakan bahawa anaknya pergi dalam keadaan redha dan juga telah melakukan persiapan untuk menemui Allah S.W.T

Dikesempatan itu juga, Anisah memohon maaf bagi pihak anaknya sekaligus memohon agar disedekahkan al-Fatihah buat anaknya itu.

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al- Fatihah.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen